CERAMAH PERDANA SUBUH ISRAK MIKRAJ 1444H/ 2023M

Sempena memperingati peristiwa penting dalam Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj, pihak pengurusan masjid telah mengadakan Ceramah Perdana Subuh yang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Izzat Fathi Hisham (PU Izzat).

Sedikit kelainan dalam ceramah perdana kali ini kerana diselitkan aktiviti Cabutan Barakah di akhir majlis bagi memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.

Tahniah diucapkan kepada para jemaah yang berjaya membawa pulang hadiah-hadiah Cabutan Barakah tersebut.

Majlis diakhiri dengan jamuan sarapan istimewa yang disediakan iaitu Roti Canai Kari Kambing dan beberapa menu yang lain.

InsyaAllah pihak pengurusan masjid akan mengadakan lagi program seperti ini secara berkala pada masa akan datang. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada para jemaah MRHFS.

Teruskan mengimarahkan masjid kita sepertimana Firman Allah SWT dalam surah Al-Taubah ayat 18 :

إنما يعمر مساجد الله من امن باللّه واليوم الآخر وأقام الصلاة وآتى الزكاة ولم يخش إلا الله فعسى أولئك أن يكونوا من المهتدين

Maksudnya:

“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut), maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Skip to content