SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1444H

29 JUN 2023 | 10 ZULHIJJAH 1444H | KHAMIS

Pihak pengurusan & Anggota Lembaga Tadbir MRHFS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada seluruh muslimin dan muslimat khususnya kepada ahli kariah Cyberjaya.
 
Sekitar suasana kemeriahan sepanjang Program Ibadah Korban MRHFS 1444H. Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya program ibadah korban pada tahun ini.
 
Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ibadah korban kali ini. Terima kasih diucapkan kepada semua barisan urusetia, sukarelawan, ahli kariah dan seluruh warga Cyberjaya yang terlibat.
 
Semoga Allah Taala menerima amal ibadah kita dan semoga ukhuwah terbina dan dirapatkan semasa bergotong-royong dalam pelaksanaan program ibadah korban MRHFS kali ini insyaAllah.
Terima kasih juga kepada para peserta yang menyertai ibadah korban kali ini dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pengurusan masjid dalam menguruskan ibadah korban para peserta. Semoga ibadah korban kita diterima oleh Allah SWT insyaAllah Ameen.
اللهم هذا منك وإليك فتقبل منا 🤲🏻
كل عام وأنتم بخير
سلامت هاري راي عيدالأضحى
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Skip to content