Jamuan makan tengahari sebelum Solat Jumaat

Sekitar suasana jamuan makan tengahari sebelum Solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Beberapa orang jemaah yang diketuai oleh Dato’ Ahmad Nizam (Mantan Ketua Biro Kebajikan & Kemasyarakatan MRHFS) juga turut bergotong-royong menyediakan Pengat Durian pada pagi tadi untuk dihidangkan kepada jemaah tengahari ini.
Manakala Pertubuhan Barakah Jumaat pula menghidangkan Nasi Putih berlauk Ayam Masak Kari dan Sayur Campur.
Pihak masjid telah menyediakan tabung khas Program Infaq It’am Jumaat bagi menambahkan lagi bilangan jumlah pax yang dapat disediakan kepada para jemaah.
Para Jemaah boleh menginfaq ke dalam tabung tersebut atau boleh membuat sumbangan online menerusi akaun masjid di bawah 👇🏻

12261010005254
Bank Islam Malaysia Berhad
Masjid Raja Haji Fi Sabilillah
Ref : It’am Jumaat

Semoga dikurniakan ganjaran pahala bagi mereka yang memberikan makanan kepada orang lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Skip to content