Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Tadbir MRHFS Bil.01/2023. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat bilangan yang pertama bagi Sesi 2023 – 2025. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDM Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang dan dihadiri oleh beberapa wakil agensi dan wakil kariah serta pegawai masjid.
Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan YDM Pengerusi dan seterusnya sesi suai kenal bersama Anggota Lembaga Tadbir MRHFS yang baru dilantik. Mesyuarat juga membincangkan bajet tahunan dan aktiviti-aktiviti yang dirangka sepanjang tahun 2023 serta penyelenggaraan masjid yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh pihak pengurusan masjid.
Tahniah diucapkan kepada Anggota Lembaga Tadbir MRHFS yang baru dilantik bagi sesi 2023 – 2025 ini. Semoga dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan baik dan penuh komited bagi memastikan pengimarahan masjid dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
MESYUARAT LEMBAGA TADBIR MRHFS BIL.01/2023














Users Today : 2
Users Last 7 days : 239
Total views : 115701
Who's Online : 1